Tingkatkan Ilmu

Tingkatkan Ilmu

Saturday, November 7, 2009

TUGASAN KELAS : MODEL DAN KONSEP KAJIAN TINDAKAN

KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan ialah satu proses yang dilakukan selepas pemerhatian ke atas sesuatu isu atau masalah berdasarkan data dan maklumat yang diperolehi untuk dijadikan sebagai panduan dalam proses penambahbaikan.
Kajian dilakukan adalah untuk menambah pengetahuan dan mengembangkan pengetahuan yang sedia ada berdasarkan penyelidikan yang dilakukan. Kajian juga dapat guru-guru mengenalpasti masalah atau isu yang timbul di samping dapat mambaiki kelemahan-kelemahan yang wujud dalam sesuatu masalah.
Selain itu, kajian tindakan juga dikenali sebagai penyelidikan gunaan. Masalah kajian tindakan ini boleh wujud dalam konteks bilik darjah ataupun dalam konteks persekitaran sekolah atau komuniti.


Carl & Kemmis (1986) berpendapat:

“Action research is a form of self-reflective enquiry undertaken by participants (teachers, students or principals, for example) in social (including educational) situations in order to improve the rationality and justice of (a) their own social or educational practices, (b) their understanding of these practices, and (c) the situations (and institution) in which these practices are carried out.”
Gay & Airasian (2000) berpendapat kajian tindakan sebagai:
“…a process in which individual or several teachers collect evidence and make decisions about their own knowledge, performance, beliefs, and effects in order to understand and improve them"
Kajian tindakan bukan sahaja boleh dijalankan dalam konteks kelas tetapi juga dalam komuniti pendidikan dan komuniti yang berhubungan dengan pendidikan dan sekolah.

Creswell (2005) membahagikan kajian tindakan kepada dua jenis, iaitu:

i. kajian tindakan amalan (practical action research)

ii. kajian tindakan penyertaan (participatory action research)


Kajian tindakan amalan melibatkan peninjauan amalan guru dalam konteks bilik darjah. Manakala kajian tindakan penyertaan melibatkan kajian tentang isu-isu sosial yang menganggu perkembangan pelajar.

MODEL KAJIAN TINDAKAN

Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)



Lingkaran 1

1. Refleksi - guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangan.
2. Pelan- Guru menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah.
3. Melaksanakan pelan- Guru melaksanakan pelan yang dihasilkan
4. Proses pelaksanaan- Guru memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan

Lingkaran 2

Dilakukan jika masalah itu tidak dapat diatasi dengan lingkaran 1. Dilakukan sehinggalah masalah itu diselesaikan.
1. Guru mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan yang dilakukan.

Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada penghujungnya (finality). Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan metilah bersifat pragmatik dan memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan.

Model Kajian Tindakan (Ebbut, 1985)



Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif. Ianya merupakan suatu pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut. Ebbutt memperkenalkan model kajian tindakan yang berbentuk kitaran di mana dalam sebuah kitaran akan berlaku maklumbalas sama ada maklumbalas itu berlaku dalam kitaran atau di antara kitaran.

Monday, October 26, 2009

Tugasan Kelas : 10 Sebab Mengapa kajian tindakan adalah penting untuk guru

1. Memudahkan guru untuk mengenal pasti perkara yang ingin dilakukan penambahbaikan bagi meningkatkan pencapaian pelajar.
2. Menggalakkan guru melakukan penambahbaikan terhadap sesuatu masalah yang dikenalpasti dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Penemuan baru yang diperoleh akan menghasilkan ilmu baru yang tidak pernah diketahui sebelumnya dan ianya dapat digunakan untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
4. Membantu guru mengetahui masalah dan mengenal pasti kelemahan diri yang perlu diubah bagi meningkatkan prestasinya.
5. Dapat memudahkan guru dalam mendapatkan sumber maklumat yang penting untuk membantu dalam meningkatkan prestasi guru dan memotivasikan pelajar.
6. Membantu guru untuk menjadi seorang guru yang kretif dalam menyampaikan pengajaran di mana mampu untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari sesuatu topik yang sukar.
7. Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.
8. Berupaya untuk membentuk budaya penyelidikan dikalangan guru-guru sebagai asas dalam membuat dan melaksanakan sebarang perancangan untuk sesuatu tindakan.
9. Dapat membantu guru mencari kaedah yang terbaik dalam pelbagai-pelbagai kaedah yang biasa digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
10. Menjadikan guru sebagai agen perubahan yang dapat membantu dalam mempertahankan sesuatu polisi atau membangunkan sesuatu polisi yang baru dan sesuai dalam meningkatkan mutu pendidikan negara.