REFLEKSI
Sepanjang 10 bulan saya menjalani program DPLI UKM banyak yang telah saya pelajari dan perolehi. Terutama dalam 2 aspek utama iaitu kurikulum dan ko-kurikulum. Kedua-dua aspek ini amat penting untuk menjadi seorang pendidik yang mampu membentuk dan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya dalam semua bidang yang ingin diceburi, INSYAALLAH.
KURIKULUM
Merupakan satu aspek yang penting untuk menjadi seorang guru yang berilmu dan berpengetahuan. Dalam aspek kurikulum, pengintegrasian ilmu secara terpisah-pisah membolehkan saya mempelajari pelbagai ilmu berkaitan pendidikan secara lebih meluas. Perkaitan di antara isi-isi pengajaran yang diberikan dapat membantu saya mengaplikasikan ilmu yang diperolehi secara sepenuhnya mengikut kesesuaian dalam bidang pendidikan pada masa sekarang. Sebagai contohnya, sepanjang 10 bulan dalam DPLI UKM banyak kaedah-kaedah pedagogi yang dicurahkan oleh pensyarah dan ilmu itu amat berguna semasa saya menjalani latihan mengajar. Pelbagai kaedah dapat saya aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan ianya dapat membantu dan dapat menarik minat pelajar. Melalui tugasan yang diberikan oleh pensyarah juga mampu membantu saya mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari di dalam kuliah. Ilmu yang telah dicurahkan oleh pensyarah sepanjang 10 bulan saya menjalani program DPLI UKM juga banyak membantu saya semasa menjalani latihan mengajar dan ianya merupakan persediaan awal yang sememangnya diperlukan oleh seorang bakal pendidik seperti saya. Kaedah-kaedah pendidikan yang dipelajari menjadikan saya lebih yakin semasa menjalani latihan mengajar. Saya berharap ilmu yang saya perolehi sepanjang 10 bulan itu akan menjadikan saya seorang guru yang berdedikasi.
KOKURIKULUM
Aspek kedua yang saya perolehi sepanjang 10 bulan ialah kokurikulum. Kebanyakan pelajar menganggapkan aktiviti kokurikulum ini tidak penting berbanding kurikulum. Seperti juga saya yang sebelum ini tidak terlalu mengambil berat tentang aktiviti kokurikulum. Namun selepas 10 bulan di UKM dan banyak aktiviti kokurikulum yang telah dijalankan saya mendapati pendedahan terhadap aktiviti ini amat penting dan ianya perlu seiring dengan aktiviti kokurikulum. Daripada aktiviti kokurikulum yang saya jalankan banyak perkara yang dapat saya pelajari dan perolehi. Melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum ini juga membantu merapatkan dan mengeratkan perhubungan kami semua bakal-bakal guru dalam program DPLI, UKM.Di antara program yang banyak membantu saya ialah Bina Insan Pendidik (BIP). Di dalam program ini banyak yang saya perolehi daripada aktiviti yang dilakukan terutama dalam aspek JASMANI, emosi, rohani dan sosial yang banyak membantu saya membentuk personaliti sahsiah seorang guru. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program banyak menguji kekuatan fizikal dan mental saya. Ianya memberi impak yang besar kepada saya kerana dalam setiap aktiviti yang dilakukan banyak mengajar saya bagaimana cara untuk mengawal emosi dan menjadi pendidik yang cekal. Ini adalah kerana bidang pendidikan merupaka satu bidang yang sangat mencabar dan ianya memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Melalui aktiviti kokurikulum yang dilakukan juga menjadikan saya lebih bertanggungjawab terhadap jawatan yang diberikan. Membentuk sikap kerjasama di antara saya dan rakan-rakan lain dalam menjalankan sesuatu aktiviti atau program.
Kepada pensyarah2, terutama Dr. Siti terima kasih untuk semua ilmu yang telah dicurahkan... JASAMU DIKENANG sehingga akhir hayat... Kepada semua rakan2, miss u all.. DPLI UKM sentiasa dalam ingatan... GUD LUCK
0 comments:
Post a Comment