Tingkatkan Ilmu

Tingkatkan Ilmu

Monday, December 7, 2009

Aktiviti 13: Teori, Strategi dan Kaedah Pembelajaran

PEMBELAJARAN KONSTEKTUAL

Pembelajaran konstektual merujuk kepada strategi pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan isi pengajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Dalam pembelajaran konstektual, pelajar akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang lebih dikenali sebagai “REACT” yang terdiri daripada R (relating / menghubungkait), E (experiencing / mengalami), A(applying / mengaplikasikan), C (cooperating / bekerjasama), dan T (transfering / memindahkan) applying/mengaplikasiakan).

KAEDAH TUNJUK CARA/ DEMONSTRASI

Tunjuk cara ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah. Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, kemahiran hidup, lukisan, jimnastik atau proses pengajaran yang menjalankan sesuatu aktiviti.

Ciri-ciri penting
1. Memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajarai setelah melalui prosedur yang ditunjukkan
2. Membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah
3. Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu eksperimen
4. Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti
5. Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah

Kelebihan teknik tunjuk cara ini ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada pelajar melalui penglihatan dan pendengaran Tiga jenis tunjukcara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi


KAEDAH STRATEGI MAIN SAMBIL BELAJAR



Strategi main sambil belajar adalah aktivikti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran.Main merupakan expresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Kanak-kanak akan mencari pengetahuan dengan kaedah permainan

Ciri-ciri Penting

1. Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran-pembelajaran ialah manipulatif, fizikal dan permainan bahasa
2. Permainan manipulatif termaksuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan congak
3. Permainan fizikal dalam pendidikan jasmani di mana daya fizikal digunakan dalam pergerakan, kordinasi, kecekapan, dan kemahiran fizikal.
4. Permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran-pembelajaran bahasa mengandungi unsur bermain dengan menggunakan bahan-bahan dan daya kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna
5. Kebaikan teknik ini ialah merangsangkan motivasi belajar kesan daripada keseronokkan bermain
6. Ia juga mengembangkan daya imaginasi untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah


KAEDAH INKUIRI

Guru menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen. Dalam hal ini, guru memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya dengan lebih mendalam berdasarkan pengetahuan sedia ada dan kemahiran asas yang dikuasai.

KAEDAH PERBINCANGAN

Teknik perbincangan adalah satu teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Sewaktu perbincangan dijalanlan, murid-murid diberi peranan aktif untuk menyatakan pandangan, atau pendapat mereka mengenai sesuatu topik, sambil guru memandu serta mengarahkan pandangan-pandangan mereka ke satu prinsip atau pendapat menyeluruh.

Melalui teknik ini, murid-murid dapat memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik. Mereka digalakkan berfikir dengan jelas, mengutamakan pendapat-pendapat di samping bekerjasama dengan murid-murid lain untuk mencapai matlamat atau menyelesaikan masalah perbincangan. Dengan cara ini, penglibatan murid dalam pembelajaran amat menggalakkan. Pelajar akan kelihatan lebih cergas, berani dan tegas.

Bahan-bahan harus yang disediakan oleh guru perlu mempunyai skop yang khusus sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Selain itu, guru perlu hadkan topik perbincangan dan terangkan sesuai mengenainya bagu membolehkan murid-murid memahami apa yang dikehendaki dan dapat dibincangkan perkara itu dalam jangka masa yang dijangkakan. Dalam masa yang sama, guru harus bijak memberikan ruang dan menggalakkan murid-murid agar mereka berminat untuk berkerjasama serta mengemukakan soalan-soalan yang akan dapat mencungkil fakta-fakta dan mendorongkan murid-murid berfikir.

KAEDAH MAIN PERANAN

Teknik main peranan adalah satu teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ‘ambil peranan’ yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan sentiasa pula dikelolakan dalam situasi kumpulan. Melalui teknik ini, murid-murid dapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan. Teknik ini melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran yang diajar oleh guru.

KERANGKA TEORITIKAL / KONSEPTUAL/ OPERASIONAL KAJIAN


Kerangka Teoritikal

Kerangka teoritikal menentukan persoalan kajian yang hendak dilakukan. Ia menjadi panduan bagi menentukan orientasi penyelidikan yang akan dilakukan. Ia juga mengenal pasti apa yang menjadi minat pengkaji, soalan-soalan yang berlegar-legar di mindanya dan yang menjadi teka-teki.

Kepentingan kerangka teoritikal
Kerangka teoritikal membentuk konsep, terma, definisi, model dan teori yang menjadi asas dan orientasi disiplin bagi kajian yang hendak dilaksanakan. Seterusnya akan membentuk "masalah" bagi kajian, soalan kajian, pengumpulan data dan analisis serta bagaimana hendak mentafsir data.


Kerangka teoritikal terbahagi kepada dua pembolehubah utama iaitu:
#Pemboleh ubah bersandar iaitu; minat, keaktifan pelajar dan pencapaian pelajar.
#Pemboleh ubah tidak bersandar contoh; kaedah demonstrasi

Kajian ini melihat kaedah demonstrasi yang dijalankan mampu meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran, pelajar akan bergerak aktif serta meningkatkan tahap pencapaian pelajar.

Konseptual dan Operasional kajian

Definisi konsep dirujuk sebagai definisi teori yang harus berdasarkan kepada sesuatu teori atau lebih diperkukuhkan oleh kajian-kajian lepas. Ia lebih memberi maksud abstrak atau umum.

Definisi operasional ialah definisi yang digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan responden, pemboleh ubah yang hendak diuji atau dimanipulasi dalam kajian. Ia memberi gambaran bagaimana konsep yang hendak dikaji itu boleh diperhatikan atau dimanipulasikan.

Kerangka Konseptual
Demonstrasi - Tunjuk cara atau demontrasi ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah. Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, lukisan, jimnastik atau menjalankan sesuatu aktiviti. Tiga jenis tunjukcara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi.


Simulasi - simulasi ialah suatu metodologi untuk melaksanakan percubaan dengan menggunakan model dari satu sistem nyata (Siagian, 1987). Menurut Hasan (2002), simulasi merupakan satu model pengambilan keputusan dengan mencontoh atau mempergunakan gambaran sebenarnya dari suatu sistem kehidupan dunia nyata tanpa harus mengalaminya pada keadaan yang sesungguhnya.Simulasi adalh suatu teknik yang dapat digunakan untuk memformulasikan dan memecahkan model-model dari golongan yang luas.Golongan atau kelas ini sangat luasnya sehingga dapat dikatakan jika semua cara yang lain gagal,cubalah simulasi' (Schroeder,1997)

Friday, December 4, 2009

Aktiviti 12 : Pemurnian

Matlamat

Meningkatkan penglibatan dan penguasaan pelajar terhadap subjek Kemahiran Hidup/ Bahasa Melayu dan ICT dengan penggunaan Kaedah Demonstrasi, Kad Imbasan dan Perisian Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran(P&P) bagi pelajar masalah pembelajaran.

Objektif
# Pelajar dapat menunjukkan objek melalui kad imbasan bergambar yang disoal oleh guru # Pelajar dapat menyebut nama objek yang ditunjukkan oleh guru melalui kad imbasan bergambar
# Pelajar dapat menyesuaikan kad imbasan bergambar dan perkataan yang sepadan # Pelajar dapat menyesuaikan kad imbasan bergambar dan fungsi gambar yang sepadan
# Pelajar dapat menjawab soalan yang diberikan oleh guru menggunakan komputer
# Mengenalpasti kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran hidup.

Persoalan kajian
1) Bagaimanakah guru menguji tahap kefahaman pelajar bermasalah pembelajaran dengan penggunaan kad imbasan dan perisian komputer?
2) Bagaimanakah guru mempelbagaikan kaedah pengajaran yang dapat meningkatkan penglibatan pelajar bermasalah pembelajaran?
3) Adakah melalui kaedah demonstrasi, penggunaan kad imbasan yang pelbagai dan perisian komputer dapat membantu pelajar bermasalah pembelajaran dalam penyampaikan kefahaman mereka terhadap isi pengajaran yang disampaikan?
4)Adakah kaedah tunjuk cara (demonstrasi) sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran kemahiran hidup?

Thursday, December 3, 2009

Aktiviti 11 : Ulasan Jurnal

Impact of an Action Research Instructional Model:Student Teachers as Reflective Thinkers

Penyataan Masalah

Dilakukan kerana pengkaji melihat persekitaran pendidikan berlaku percanggahan ideologi di antara guru-guru terhadap model pengajaran. Kekurangan inisiatif oleh guru baru untuk menyediakan model pengajaran yang tersendiri. Guru baru merasakan mereka tidak mempunyai kuasa untuk menyediakan model pengajaran yang mengikut kefahamannya.

Bagaimana Pengkaji Melapor Penyataan Masalah

Pengkaji melihat kepada perkembangan semasa sektor pendidikan melalui pemerhatian di mana kebanyakan guru baru tidak menyediakan model pengajaran yang tersendiri sebaliknya lebih suka mengikuti trend sedia ada. Pengkaji cuba untuk mencari penyelesaian untuk mengatasi masalah ini. Pengkaji mendapatkan maklumat awal melalui kitaran proses sedia kajian penyelidikan paradigma. Data dalam kajian ini termasuk penyelidikan reflektif terhadap jurnal pengajaran, bersama dengan tugasan-tugasan pelajar dan teks daripada perbincangan dalam talian.

Minute Math: An Action Research Study Of StudentSelf-Assessment

Pelajar kurang dapat menguasai sifir matematik. Menghafal sifir dan jadual matematik merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah. Maka pengkaji ingin melihat penilaian kendiri pelajar, samaada kegiatan menghafal akan menambah hasil pembelajaran disamping pengetahuan biasa fakta-fakta matematik.

Bagaimana Pengkaji Melapor Penyataan Masalah

Pengkaji mendapat kebanyakan pelajar sekarang lemah dalam matapelajaran matematik. Data diperolehi dengan melihat pencapaian pelajar dalam peperiksaan. Pelajar didapati menghadapi kesukaran dalam menghafal sifir matematik. Pengkaji melaporkan penyataan masalah berdasarkan masalah utama yang dihadapi oleh pelajar iaitu menghafal. Pengkaji cuba menyelesaikan masalah ini dengan mengadakan satu program yang di harap dapat membantu pelajar.

Raising School Attendance: a case study of good practice in monitoring and raising standard.


Peningkatan kadar ketidakhadiran dan pemontengan pelajar ke sekolah. Pengkaji merasakan ianya merupakan masalah yang besar dan memerlukan langkah pencegahan segera. Pengkaji mengkaji punca-punca yang menyebabkan pelajar tidak hadir dan ponteng bagi mendapatkan jalan penyelesaian yang sesuai.

Bagaimana Pengkaji Melapor Penyataan Masalah

Pengkaji mengumpul data dengan melihat markah yang diperolehi oleh pelajar sepanjang ujian yang dijalankan. Data daripada setiap kelas di analisis secara berasingan kerana persekitaran penilaian bilik darjah adalah berbeza. Data daripada kedua-dua kelas digabungkan untuk digunakan dalam mengutarakan persoalan mengenai kepentingan penglibatan pelajar.

Wednesday, December 2, 2009

Aktiviti 10 : Ulasan Buku

Mengenalpasti masalah kajian tindakan

BUKU 1 : Action Research in the Classroom
Pengarang : Vivienne Baumfield, Elaine Hall and Kate Wall
# Mengenalpasti masalah kajian tindakan adalah aspek utama yang perlu dilakukan bagi pembentukan sesuatu kajian tindakan.
# Masalah kajian tindakan dikenalpasti melalui pemerhatian yang dijalankan oleh penyelidik.
# Penyelidik mengenalpasti fokus utama yang hendak dikaji. Sebelum penyataan masalah ditetapkan pengkaji melakukan penilitian terhadap persoalan yang bakal dinyatakan adakah boleh diuruskan dan dijawab.
# Mengenalpasti perubahan penambahbaikan yang ingin dilakukan.
PengumpulanAlign Center dan penganalisisan data

1) Data Kualitatif - data yang merujuk kepada perkataan, seperti transkrip temubual.
2) Data Kuantitatif - data yang merujuk kepada nombor seperti markah ujian.
  • Dalam sains sosial peyelidik cenderung untuk memilih jenis data yang diperlukan dan dirasakan sesuai. Beberapa penyelidik mungkin berkata mereka lebih yakin terhadap data kuantitatif kerana kepentingan statistik dapat dilihat.
  • Manakala yang lain mungkin berhujah di mana data berdasarkan nombor ini tidak memberikan perincian sepertimana penerangan terperinci yang diberikan melalui data kualitatif.

# Data kuantitatif memberitahu tentang apa yang berlaku pada masa-masa yang tertentu.

# Data kualitatif menjelajah mengapa mengapa perkara tersebut berlaku.
Perolehan Sumber Data

Banyak sumber dan kaedah yang dapat digunakan untuk mendapatkan data penyelidikan di dalam persekitaran bilik darjah atau sekolah. Membantu guru atau pengkaji dalam melaksanakan kajian tindakan.

1) Kaedah-kaedah kajian tradisional
Kategori ini termasuk temubual, soal selidik dan pemerhatian. Kesemuanya adalah sangat berguna dalam kedua-dua strategi penyelidikan kuantitatif atau kualitatif.

2) Data terkumpul di sekolah
Sekolah adalah persekitaran yang kaya dengan data. Data dapat dikumpulkan sepanjang masa pada peringkat pelajar atau guru, pada peringkat kelas atau peringkat sekolah. Sebagai contoh, rakaman Rancangan Pengajaran Individu (RPH), kehadiran, dan markah ujian. Berdasarkan data yang diperolehi, penyelidik dapat membuat pernyataan atau menerangkan mengenai bilik darjah, individu ataupun kumpulan individu tersebut.

3) Data diambil daripada aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran (P&P).
Guru biasanya menjalankan aktiviti yang berbeza di sekolah yang mana melibatkan individu yang berbeza terutamanya pelajar. Hasil-hasil P&P yang diperolehi daripada setiap aktiviti yang dilakukan boleh dijadikan data dalam melaksanakan kajian yang berkaitan.

4) Pengumpulan data yang boleh digabungkan ke dalam rutin sekolah.
Kebertanggungjawaban dan penilaian kendiri adalah faktor utama dalam pendidikan. Terdapat pelbagai teknik yang boleh dibina daripada rangka kerja ini dan ianya boleh jadi sebahagian daripada penyelidikan guru atau pengkaji. Sebagai contoh, pemerhatian rakan sebaya boleh difokuskan melalui jadual penyelidikan berdasarkan pemerhatian dan majlis badan pelajar dapat digunakan untuk mendapatkan tinjauan pendapat pelajar.
5) Pemerhatian termasuklah Audio dan video
#Pemerhatian perlu dijalankan/dianalisis diawal permulaan kajian yang akan dijalankan.
#Pengkaji perlu terlebih dahulu mengenalpasti apa aspek yang hendak dilihat dan yang tidak perlu dilihat.
#Ianya meliputi persoalan : siapa, apa, bila, dengan siapa, banyak mana, berapa kerap, berapa lama dan banyak lagi persoalan untuk menentukan matlamat persoalan pengkaji.
#Bagi rakaman audio dan video, pengkaji perlu mengikut protokol dalam membuat pengiraan, melalui penggunaan teknologi, yang melibatkan ucapan yang panjang dan interaksi bukan secara lisan menjadi lebih mudah untuk diteroka.
Analisis Data Kualitatif

1) Menguruskan
# Pengkaji mengumpulkan data-data daripada temubual dan pemerhatian yang dilakukan terhadap responden.
# Temubual dilakukan secara berstruktur dan tidak berstruktur.
# Pengkaji melakukan pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar di dalam bilik darjah.


2) Menerangkan
# Pengkaji kategorikan data mengikut istilah-istilah yang bersesuaian contohnya bagaimana kehadiran pelajar di dalam kelas dan bagaimana penglibatan pelajar terhadap proses P&P.

3) Membuat Interprestasi
# Daripada data yang diperolehi pengkaji dapat membuat pentaksiran ke atas data-data dan membuat kesimpulan terhadap penambahbaikan yang perlu dilakukan.
BUKU 2 : Teacher as Reflective Practitioner and Action Researcher:

Dalam kajian tindakan, guru perlu mengenalpasti masalah yang dihadapi bagi menentukan tahap pencapaian kepuasan hasil dari kajian tersebut. Melalui masalah ini juga, guru dapat melihat sama ada objektif kajian tersebut tercapai atau tidak.

Guru akan melakukan hipotesis awal terhadap kajian tindakan yang dilakukan untuk membina ramalan hasil dapatan yang diingini. Guru juga akan membina persoalan hasil dari jangkaan yang dibuat.

Guru mencari strategi pengajaran yang baru melalui pemantauan terhadap pelajar, bersoal jawab dengan guru-guru dan terlibat dalam aktiviti profesionalisme dan mengenalpasti kajian lepas untuk dijadikan sebagai panduan untuk menghasilkan strategi baru dan diaplikasikan di dalam kelas dalam proses P&P

Guru perlu mengenalpasti sama ada langkah-langkah yang dibina itu mampu atau tidak untuk mencapai objektif kajian tindakan yang dirancang. Selain itu, guru juga perlu mengenalpasti langkah-langkah yang diperlukan untuk memperolehi kesahan dapatan / hasil kajian

Guru perlu merancang teknik yang akan digunakan untuk mendapatkan data kajian tindakan dan merancang bentuk data yang akan dikumpulkan serta merangka cara menganalisa data yang diperolehi.