Mengenalpasti masalah kajian tindakan
BUKU 1 : Action Research in the Classroom
Pengarang : Vivienne Baumfield, Elaine Hall and Kate Wall
# Mengenalpasti masalah kajian tindakan adalah aspek utama yang perlu dilakukan bagi pembentukan sesuatu kajian tindakan.
# Masalah kajian tindakan dikenalpasti melalui pemerhatian yang dijalankan oleh penyelidik.
# Penyelidik mengenalpasti fokus utama yang hendak dikaji. Sebelum penyataan masalah ditetapkan pengkaji melakukan penilitian terhadap persoalan yang bakal dinyatakan adakah boleh diuruskan dan dijawab.
# Mengenalpasti perubahan penambahbaikan yang ingin dilakukan.
Pengumpulan dan penganalisisan data
1) Data Kualitatif - data yang merujuk kepada perkataan, seperti transkrip temubual.
2) Data Kuantitatif - data yang merujuk kepada nombor seperti markah ujian.
- Dalam sains sosial peyelidik cenderung untuk memilih jenis data yang diperlukan dan dirasakan sesuai. Beberapa penyelidik mungkin berkata mereka lebih yakin terhadap data kuantitatif kerana kepentingan statistik dapat dilihat.
- Manakala yang lain mungkin berhujah di mana data berdasarkan nombor ini tidak memberikan perincian sepertimana penerangan terperinci yang diberikan melalui data kualitatif.
# Data kuantitatif memberitahu tentang apa yang berlaku pada masa-masa yang tertentu.
# Data kualitatif menjelajah mengapa mengapa perkara tersebut berlaku.
Perolehan Sumber Data
Banyak sumber dan kaedah yang dapat digunakan untuk mendapatkan data penyelidikan di dalam persekitaran bilik darjah atau sekolah. Membantu guru atau pengkaji dalam melaksanakan kajian tindakan.
1) Kaedah-kaedah kajian tradisional
Kategori ini termasuk temubual, soal selidik dan pemerhatian. Kesemuanya adalah sangat berguna dalam kedua-dua strategi penyelidikan kuantitatif atau kualitatif.
2) Data terkumpul di sekolah
Sekolah adalah persekitaran yang kaya dengan data. Data dapat dikumpulkan sepanjang masa pada peringkat pelajar atau guru, pada peringkat kelas atau peringkat sekolah. Sebagai contoh, rakaman Rancangan Pengajaran Individu (RPH), kehadiran, dan markah ujian. Berdasarkan data yang diperolehi, penyelidik dapat membuat pernyataan atau menerangkan mengenai bilik darjah, individu ataupun kumpulan individu tersebut.
3) Data diambil daripada aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran (P&P).
Guru biasanya menjalankan aktiviti yang berbeza di sekolah yang mana melibatkan individu yang berbeza terutamanya pelajar. Hasil-hasil P&P yang diperolehi daripada setiap aktiviti yang dilakukan boleh dijadikan data dalam melaksanakan kajian yang berkaitan.
4) Pengumpulan data yang boleh digabungkan ke dalam rutin sekolah.
Kebertanggungjawaban dan penilaian kendiri adalah faktor utama dalam pendidikan. Terdapat pelbagai teknik yang boleh dibina daripada rangka kerja ini dan ianya boleh jadi sebahagian daripada penyelidikan guru atau pengkaji. Sebagai contoh, pemerhatian rakan sebaya boleh difokuskan melalui jadual penyelidikan berdasarkan pemerhatian dan majlis badan pelajar dapat digunakan untuk mendapatkan tinjauan pendapat pelajar.
5) Pemerhatian termasuklah Audio dan video
#Pemerhatian perlu dijalankan/dianalisis diawal permulaan kajian yang akan dijalankan.
#Pengkaji perlu terlebih dahulu mengenalpasti apa aspek yang hendak dilihat dan yang tidak perlu dilihat.
#Ianya meliputi persoalan : siapa, apa, bila, dengan siapa, banyak mana, berapa kerap, berapa lama dan banyak lagi persoalan untuk menentukan matlamat persoalan pengkaji.
#Bagi rakaman audio dan video, pengkaji perlu mengikut protokol dalam membuat pengiraan, melalui penggunaan teknologi, yang melibatkan ucapan yang panjang dan interaksi bukan secara lisan menjadi lebih mudah untuk diteroka.
Analisis Data Kualitatif
1) Menguruskan
# Pengkaji mengumpulkan data-data daripada temubual dan pemerhatian yang dilakukan terhadap responden.
# Temubual dilakukan secara berstruktur dan tidak berstruktur.
# Pengkaji melakukan pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar di dalam bilik darjah.
2) Menerangkan
# Pengkaji kategorikan data mengikut istilah-istilah yang bersesuaian contohnya bagaimana kehadiran pelajar di dalam kelas dan bagaimana penglibatan pelajar terhadap proses P&P.
3) Membuat Interprestasi
# Daripada data yang diperolehi pengkaji dapat membuat pentaksiran ke atas data-data dan membuat kesimpulan terhadap penambahbaikan yang perlu dilakukan.
BUKU 2 : Teacher as Reflective Practitioner and Action Researcher:
Dalam kajian tindakan, guru perlu mengenalpasti masalah yang dihadapi bagi menentukan tahap pencapaian kepuasan hasil dari kajian tersebut. Melalui masalah ini juga, guru dapat melihat sama ada objektif kajian tersebut tercapai atau tidak.
Guru akan melakukan hipotesis awal terhadap kajian tindakan yang dilakukan untuk membina ramalan hasil dapatan yang diingini. Guru juga akan membina persoalan hasil dari jangkaan yang dibuat.
Guru mencari strategi pengajaran yang baru melalui pemantauan terhadap pelajar, bersoal jawab dengan guru-guru dan terlibat dalam aktiviti profesionalisme dan mengenalpasti kajian lepas untuk dijadikan sebagai panduan untuk menghasilkan strategi baru dan diaplikasikan di dalam kelas dalam proses P&P
Guru perlu mengenalpasti sama ada langkah-langkah yang dibina itu mampu atau tidak untuk mencapai objektif kajian tindakan yang dirancang. Selain itu, guru juga perlu mengenalpasti langkah-langkah yang diperlukan untuk memperolehi kesahan dapatan / hasil kajian
Guru perlu merancang teknik yang akan digunakan untuk mendapatkan data kajian tindakan dan merancang bentuk data yang akan dikumpulkan serta merangka cara menganalisa data yang diperolehi.
0 comments:
Post a Comment