Tingkatkan Ilmu

Tingkatkan Ilmu

Friday, November 20, 2009

Aktiviti 9 : Mini Kajian Tindakan - Matlamat, Objektif, Persoalan kajian

Matlamat

Meningkatkan insrtumen penilaian bagi menguji tahap kefahaman pelajar terhadap topik yang disampaikan oleh guru.

Pernyataan Masalah
#Bagaimanakah guru menguji tahap kefahaman pelajar bermasalah pembelajaran selain dari penggunaan perkataan?
#Bagaimanakah guru mempelbagaikan kaedah pengajaran yang dapat meningkatkan penglibatan pelajar bermasalah pembelajaran?
#Adakah melalui kaedah demonstrasi, kad imbasan yang pelbagai dan perisian komputer dapat membantu pelajar bermasalah pembelajaran dalam penyampaikan kefahaman mereka terhadap isi pengajaran yang disampaikan?

Objektif
#Pelajar dapat menunjukkan objek melalui kad imbasan bergambar yang disoal oleh guru
#Pelajar dapat menyebut nama objek yang ditunjukkan oleh guru melalui kad imbasan bergambar
#Pelajar dapat menyesuaikan kad imbasan bergambar dan perkataan yang sepadan
#Pelajar dapat menyesuaikan kad imbasan bergambar dan fungsi gambar yang sepadan
#Pelajar dapat menjawab soalan yang diberikan oleh guru menggunakan komputer

Aktiviti 8 : Mini Kajian Tindakan - Cadangan

Cadangan

Kemahiran Hidup
Pengalaman / refleksi secara individu

Kaedah Demonstrasi, Kad Imbasan dan Perisian Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran(P&P) bagi pelajar masalah pembelajaran. Melalui kaedah yang dilaksanakan ianya mampu untuk mengatasi masalah pelajar dalam memahami subjek kemahiran hidup.Ini dapat dilaksanakan dengan:-

# Kaedah demonstrasi dapat memberi pendedahan kepada pelajar terhadap topik pembelajaran.
# Memudahkan pelajar untuk memahami sesuatu topik di mana guru menunjukkan bagaimana sesuatu kemahiran itu dapat dilakukan.
# Melalui penggunaan kad imbasan guru boleh memaparkan gambar-gambar yang berkaitan dengan topik serta perkataan agar membolehkan pelajar mengecam gambar dan perkataan yang sesuai.
# Melalui penggunaan perisian komputer pula guru boleh menunjukkan kepada pelajar untuk mengenal bahan atau peralatan yang ditunjukkan.
# Guru juga boleh menggunakan perisian komputer untuk mengajar teori untuk mengelakkan pelajar bosan.

Cadangan saya dalam usaha untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam kajian ialah dengan memberi pendedahan awal kepada pelajar bermasalah pembelajaran tentang penggunaan komputer. Ianya boleh dilakukan dengan membentuk satu subjek khusus tentang pengajaran komputer tanpa melibatkan subjek lain. Bagi penggunaan kad imbasan pula, guru perlu meyediakan kad imbasan yang pelbagai bentuk dan warna supaya pelajar tidak cepat bosan. Guru juga boleh mempelbagaikan teknik penyampaian agar pelajar tidak cepat bosan dan melibatkan diri semasa proses P&P dijalankan.

Pengalaman pasukan
# Bagi mengatasi masalah kekangan masa guru dikehendaki merancang dengan teliti setiap aktiviti yang hendak dilakukan. Kaedah demonstrasi yang dilakukan hendaklah mudah dan ringkas agar pelajar tidak keliru.

# Penggunaan kad imbasan yang mengandungi gambar dan perkataan berkemungkinan bagi pelajar bermasalah pembelajaran yang hanya mengenal gambar tetapi tidak tahu mengeja, oleh itu pelajar mungkin dapat diuji kefahaman mereka terhadap topik melalui gambar kad imbasan sahaja. Oleh itu guru dicadangkan untuk menyebut perkataan di kad imbasan dan hanya menyuruh pelajar menyuaikan kad imbasan mengandungi perkataan yang dibaca oleh guru dengan kad imbasan bergambar

# Bagi masalah dari segi pengetahuan dan kemahiran pelajar bermasalah pembelajaran dalam penggunaan komputer, guru dicadangkan sentiasa melakukan proses orientasi pengenalan komponen dan penggunaan komputer sebelum aktiviti melibatkan perisian komputer digunakan


Cadangan mini kajian tindakan refleksi dari kumpulan lain :

Berdasarkan refleksi bersama ahli kumpulan yang lain, mereka menyatakan bahawa tajuk mini kajian tindakan kami mampu menarik minat pelajar untuk lebih mudah memahami topik yang di ajar oleh guru. Mereka memberikan beberapa cadangan-cadangan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran;
# Kaedah demonstrasi yang dilakukan mestilah menarik dan pelbagai agar pelajar memberi tumpuan.
# Penyediaan kad imbasan yang disediakan kepada pelajar perlulah lebih menarik dari segi pemilihan gambar, warna dan perkataan supaya pelajar lebih suka.
# Guru perlu menghadkan penggunaan kad imbasan berbentuk gambar dan lebihkan kepada kad imbasan berbentuk perkataan kerana pelajar bermasalah pembelajaran memang kebanyakannya telah mengenali gambar tetapi mereka tidak tahu membaca. Apabila guru menunjukkan perkataan dan pelajar tidak dapat membaca barulah guru perlu menunjukkan gambar yang bersesuaian. Dengan cara ini pelajar akan lebih cepat dapat membaca.
# Perisian komputer juga boleh dijadikan medium untuk membantu pelajar mengenali gambar yang ditunjukkan. Guru boleh menyuruh pelajar menaip semula perkataan berdasarkan gambar yang telah ditunjukkan oleh guru. Melalui cara ini pelajar dapat didedahkan dengan kemahiran pengunaan teknologi.
# Melalui perisian komputer juga guru boleh menunjukkan gambar-gambar seperti di dalam kad imbasan tetapi ditunjukkana dalam pelbagai bentuk yang berbeza.

Aktiviti 7 : Mini Kajian Tindakan - Kelemahan

Kelemahan tajuk mini kajian tindakan :

Kemahiran Hidup

Pengalaman / refleksi secara individu
# Kebanyakan pelajar tidak dapat mengenal objek atau peralatan yang diterangkan oleh guru.
# Pelajar sukar untuk mengecam peralatan berdasarkan perkataan yang guru tunjukkan atau sebutkan.
# Pelajar kurang berminat dengan proses P&P di dalam kelas kerana sukar untuk memahami topik yang di ajar oleh guru.


Pengalaman pasukan
# Kekangan masa bagi pelaksanaan pembelajaran secara praktikal.
# Pengetahuan dan kemahiran pelajar bermasalah pembelajaran dalam subjek kemahiran hidup terhad.
# Pelajar bermasalah pembelajaran kurang memberi perhatian dan cepat bosan bagi setiap sesi pengajaran.


Pengalaman Pasukan Luar
# Guru terikat dengan silibus yang perlu dihabiskan dalam masa yang terhad.
# Peralatan dan BBM yang tidak mencukupi di sekolah.
# Guru tidak kreatif dalam mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran.

Literature Review

Aktiviti 6 : Mini Kajian Tindakan - Kekuatan

Kekuatan tajuk mini kajian tindakan:

Kemahiran Hidup

Pengalaman individu

# Melibatkan penggunaan kemahiran tertentu bergantung kepada topik yang diajar oleh guru semasa proses P&P.
# Pelajar lebih mudah memahami topik kerana kebanyakan proses P&P dijalankan secara praktikal berbanding teori.
# Kebanyakan topik tidak mempunyai kesinambungan dengan topik-topik lain. Ini memudahkan guru untuk menjalankan proses P&P mengikut kesesuaian masa.
# Tidak hanya tertumpu kepada bidang akademik semata-mata kerana ianya turut merangkumi kemahiran-kemahiran yang tertentu yang dapat digunakan oleh pelajar.


Perbincangan dalam pasukan

# Merupakan satu subjek yang menarik kerana setiap topik memerlukan pengaplikasian kemahiran-kemahiran tertentu.
# Guru dapat mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar berkeperluan khas.

Pengalaman Pasukan Luar
# Kemahiran yang diajar di sekolah dapat digunakan oleh pelajar untuk meneruskan kehidupan pada masa hadapan.
# Guru dapat mendedahkan pelajar kepada kemahiran-kemahiran yang tidak pernah dilakukan oleh pelajar di rumah.

Literatur Review

Friday, November 13, 2009

Aktiviti 5 : Tugasan 1 (Buku) & Tugasan 4 (Mini Kajian Tindakan)

1. MENGAPA guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan

# Untuk melakukan penambahbaikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang telah diamalkan.
# Untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman profesionalisme sebagai seorang pendidik.
# Sebagai satu langkah kepada guru untuk memajukan diri dalam bidang pendidikan dan dapat membantu pelajar untuk lebih mudah memahami topik yang diajar.
# Mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang melibatkan prestasi guru dan pencapaian pelajar.
# Proses untuk menjana idea-idea baru bagi meningkatkan taraf pendidikan.
# Untuk memperbaiki teknik pengajaran yang boleh menarik minat pelajar-pelajar untuk lebih melibatkan diri di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2. MENGAPA anda ingin melakukan tajuk yang dipilih untuk mini kajian anda

Tajuk Mini Kajian Tindakan :

“Kaedah Demonstrasi, Kad Imbasan dan Perisian Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran(P&P)”

Ahli Kumpulan : Huda Suhaily Binti Adam
Norafifah Binti Yaacob
Wan Nooraini Binti Wan Muhammad

Pengenalan:

Kaedah Demonstrasi juga dikenali sebagai kaedah tunjuk cara. Demonstrasi merupakan kaedah menunjukkan cara pengaplikasian tentang topik yang diajar oleh guru. Kaedah ini adalah begitu berkesan apabila digabungkan dengan kad imbasan dan perisisan komputer sebagai peneguhan terhadap pemahaman sampel kajian tindakan iaitu pelajar bermasalah pembelajaran.
Kad imbasan yang mengandungi gambar dan perkataan digunakan untuk menguji sejauhmana pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap topik pengajaran yang dipilih. Kad imbasan ini boleh digunakan oleh guru ketika peringkat set induksi, perkembangan atau penutup ketika proses P&P dijalankan. Penggabungan kad imbasan dan perisisan komputer seperti Microsoft Office Word dan Microsoft Office Power Point akan dapat mempertingkatkan kefahaman dan penglibatan pelajar ketika P&P dilaksanakan. Perisian komputer boleh digunakan oleh guru dalam perlaksaaan menyampaikan isi pengajran dan aktiviti yang melibatkan pelajar.

Persoalan kajian tindakan

1) Bagaimanakah guru menguji tahap kefahaman pelajar bermasalah pembelajaran selain dari penggunaan perkataan?
2) Bagaimanakah guru mempelbagaikan kaedah pengajaran yang dapat meningkatkan penglibatan pelajar bermasalah pembelajaran?
3) Adakah melalui penggunaan kad imbasan yang pelbagai dan perisian komputer dapat membantu pelajar bermasalah pembelajaran dalam penyamapikan kefahaman mereka terhadap isi pengajaran yang disampaikan?


Relevan:
# Kaedah demonstrasi akan memudahkan pelajar dalam memahami topik yang di ajar oleh guru.
# Guru dapat menunjukkan isi kandungan topik pembelajaran secara praktikal.
# Kad imbasan yang mengandungi gambar dan perkataan dapat membantu pelajar mengenali mengenali objek dalam topik yang disampaikan sepanjang proses P&P.
# Melalui kad imbasan, sekurang-kurangnya dapat menguji kefahaman pelajar tentang isi pengajaran yang disampaikan oleh guru.
# Perisian komputer yang pelbagai seperti gabungan Microsoft Office Word dan Microsoft Office Power Point dapat membantu guru dalam mempelbagaikan kaedah P&P
# Perisisan komputer juga boleh digunakan oleh guru dalam membuat aktiviti pelajar dengan bertujuan menguji kefahaman mereka secara interaktif

Aktiviti 4 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

Cadangan mini kajian tindakan kumpulan kami ialah:

“Kaedah Demonstrasi, Kad Imbasan dan Perisian Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran(P&P)”

Sampel:
Pelajar bermasalah pembelajaran

Tempat kajian tindakan dilakukan:
Bilik darjah

Thursday, November 12, 2009

TUGASAN 2 : JURNAL

HURAIAN JURNAL

JURNAL 1

Impact of an Action Research Instructional Model:
Student Teachers as Reflective Thinkers


Oleh : Alcione N. Ostorga
Ver6nica L6pez Estrada
University of Texas-Pan American

JURNAL 2

Minute Math: An Action Research Study Of Student
Self-Assessment

Oleh : Susan M. Brookhart, Marissa Andolina, Megan Zuza dan Rosalie Furman

JURNAL 3

Raising School Attendance: a case study of good practice in monitoring and raising standard.

Oleh :
Ken Reid
Swansea Institute of Higher Education, Swansea, UK

Contoh kajian tindakan yang telah dilakukan oleh penulis/penyelidik

Jurnal ini mengkaji tentang satu usaha bagi menggalakkan satu pendirian yang reflektif oleh guru-guru baru. Menerangkan tentang kajian terhadap satu model pengajaran untuk guru-guru praperkhidmatan di peringkat prasiswazah. Kajian ini dikembangkan melalui pendekatan kajian tindakan untuk membangunkan model pengajaran.

Jurnal ini menerangkan tentang kajian yang dilakukan untuk melihat pencapaian kendiri pelajar melalui satu perlaksanaan projek iaitu “Minit matematik”. Projek ini dijalankan dengan melibatkan pelajar-pelajar meramal dan melihat graf skor pencapaian mereka dalam tempoh masa satu minggu sekali semasa ujian dilakukan yang merangkumi 0-9 fakta pendaraban yang melibatkan sifir matematik. Pelajar juga dapat melihat kemajuan dan kejayaan mereka menghafal tugasan pembelajaran dan strategi-strategi dalam menyelesaikan masalah. Penilaian kendiri pelajar di anggap berjaya pada pusingan di mana pelajar dapat memantau pengajian metematik mereka sendiri.

Satu kajian kes yang membincangkan isu pengurusan dan pemantauan bagi mengurangkan kadar ketidakhadiran dan ponteng di sekolah

Apakah Masalah yang dijadikan kajian

1) Dilakukan kerana pengkaji melihat persekitaran pendidikan berlaku percanggahan ideologi di antara guru-guru terhadap model pengajaran.

2) Kekurangan inisiatif oleh guru baru untuk menyediakan model pengajaran yang tersendiri.

3) Guru baru merasakan mereka tidak mempunyai kuasa untuk menyediakan model pengajaran yang mengikut kefahamannya.

Pelajar kurang dapat menguasai sifir matematik. Menghafal sifir dan jadual matematik merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah. Maka pengkaji ingin melihat penilaian kendiri pelajar, samaada kegiatan menghafal akan menambah hasil pembelajaran disamping pengetahuan biasa fakta-fakta matematik.

1) Peningkatan kadar ketidakhadiran dan pemontengan pelajar ke sekolah.

2) Punca-punca yang menyebabkan pelajar tidak hadir dan ponteng

Sample dan Setting Kajian

Sampelnya terdiri daripada pelajar-pelajar yang merupakan bakal-bakal guru yang mengambil kursus seminar pengajaran pada semester akhir semasa mereka dalam proses kerja kursus mahasiswa.

Terdiri daripada empat puluh satu orang pelajar di dalam dua kelas-kelas tangga ketiga, termasuk pelajar pendidikan khas. Projek kajian tindakan dikendalikan bersama oleh dua penyelia Universiti, tiga orang guru dan tiga bakal guru.

Sample Kajian – Sekolah di England

Bagaimanakah kajian dilakukan (prosedur)

1) Pengkaji mengenalpasti masalah yang berlaku.

2) Kajian semula

3) Pengkaji merancang tindakan yang hendak dilakukan.

4) Pengaji mengumpul datan dan menganalisis data yang telah diperolehi.

5) Penutup

Terdapat 2 kaedah yang digunakan

1) Konteks sekolah dan para peserta

- Kajian dilakukan dalam 2 kelas dan setiap pelajar mempunyai latar belakang yang berbeza.

- Guru memainkan peranan dalam memastiakan pelajar terlibat dalam kajian yang dilakukan.

2) Prosedur dan peralatan

- Bagi setiap kelas diperuntukkan 5 minit bagi setiap ujian yang diberikan yang dilakukan sekali seminggu dalam 10 minggu.

- Melihat kepada kemampuan pelajar menyelesaikan permasaalahan mengikut strategi pembelajaran mereka.

- Bagi membantu pelajar melakukan tugasan berbanding menghafal, ujian dan latihan dijalankan sekali dalam seminggu bagi setiap kelas.

- Markah dari setiap ujian yang dilakukan pelajar akan menjangkakan markan bagi ujian yang seterusnya.

1)Pengkaji memilih sample yang terlibat iaitu sekolah-sekolah di England.

2)Kumpul data melalui mesyuarat

3) Senaraikan sebab-sebab pelajar ponteng .

4)Langkah-langkah nak mengatasinya.

5) Memasukkan peratus kehadiran pelajar bagi setiap tindakan yang diambil ke dalam bentuk jadual.

Bagaimana pengkaji mengumpul dan menganalisis data

1) Pengkaji mendapatkan maklumat awal melalui kitaran proses sedia kajian penyelidikan paradigma.

2) Data dalam kajian ini termasuk penyelidikan reflektif terhadap jurnal pengajaran, bersama dengan tugasan-tugasan pelajar dan teks daripada perbincangan dalam talian.

3) Perbincangan akhir dilakukan dengan menjalankan sesi temubual bersama dengan pelajar yang dijemput untuk membincangkan tentang bahagian-bahagian kursus yang membantu dan yang tidak mempengaruhi.

4) Analisis data dilakukan dengan pengkaji menjalankan kajian tindakan dengan mengubah amalan-amalan pengajaran dalam kursus berikutnya.

5) Kitaran ini telah diulang

tiga kali sebelum model pengajaran yang disampaikan

dalam bahagian terdahulu itu timbul.


1) Pengkaji mengumpul data dengan melihat markah yang diperolehi oleh pelajar sepanjang ujian yang dijalankan.

2) Data daripada setiap kelas di analisis secara berasingan kerana persekitaran penilaian bilik darjah adalah berbeza.

3) Data daripada kedua-dua kelas digabungkan untuk digunakan dalam mengutarakan persoalan mengenai kepentingan penglibatan pelajar.

1) Untuk mengenalpasti tahap kehadiran pelajar pengkaji mengadakan mesyuarat terancang selama 2 hari dengan semua sekolah.

2) Melibatkan ketua-ketua guru, kakitangan sekolah kanan, pegawai-pegawai kebajikan pendidikan dan kakitangan sokongan LEA.

3)Menyenaraikan sebab-sebab pelajar ponteng dan tidak hadir.

4) Guru mempelbagaikan pendekatan untuk mengurangkan ketidakhadiran iaitu secara lembut dan tegas.

Lihat perbezaan kehadiran pelajar melalui pendekatan yang berbeza.

Bagaimana pengkaji memapar dapatan kajian

1) Pengkaji memaparkan dapatan kajian berdasarkan dua kajian kes yang dijalankan oeh pelajar dengan membuat penilaian bagi kedua-dua hasil yang diperolehi.

2) Perbandingan hasil daripada kajian kes yang dilakukan dapat meningkatkan tahap kefahaman dan pembuktian terhadap data yang digunakan.

Pengkaji memaparkan dapatan kajian melalui 2 kriteria bagi kelas yang berbeza.

1) Ramalan dan markah pelajar bagi kelas kedua.

- Pengkaji memaparkan markah yang diperolehi oleh pelajar dan ramalan markah yang diperolehi melalui carta bar.

2) Refleksi Pelajar bagi kelas pertama.

- Bagi refleksi pelajar pengkaji memaparkan hasil dapatan melalui jadual yang merangkumi strategi yang digunakan dan tujuan dilakukan

1) Berdasarkan data yang diperolehi dari setiap sekolah.

2) Melalui pendekatan yang berbeza di mana setiap dapatan dinyatakan dalam bentuk jadual.

Bandingkan masalah yang dikaji antara jurnal


Pengkaji melakukan kajian yang bertujuan untuk membantu guru-guru baru agar lebih yakin dalam menyediakan model pengajaran mereka.

Pengkaji fokus kepada masalah yang di hadapi oleh bakal guru dalam menyampaikan pengajaran kepada pelajar.


Pengkaji melakukan kajian dengan membantu pelajar menguasai subjek matematik.

Pengkaji lebih fokus kepada pencapaian pelajar melalui sesi ujian yang dilakukan untuk memperbaiki kelemahan pelajar dalam subjek matematik.


Pengkaji melakukan kajian untuk membantu pihak sekolah dalam mengatasi masalah peningkatan tahap ketidakhadiran pelajar ke sekolah.

Pengkaji lebih fokus kepada masalah tingkah laku pelajar.

Bandingkan bagaimana pengkaji melakukan ujian


Pengkaji melakukan kajian dengan melihat sejauhmana bakal guru boleh menyediakn model pengajarannya sendiri.

Dilakukan dengan menilai kaedah pengajaran yang digunakan semasa proses penilaian di lakukan.

Pengkaji melakukan kajian dengan menyediakan ujian kepada pelajar untuk melihat pencapaian mereka dari semasa ke semasa.

Pengkaji melihat pencapaian pelajar berdasarkan markah yang diperolehi berbanding dengan ramalan awal.

Pengkaji melakukan ujian dengan melihat peratusan ketidakhadiran pelajar bagi setiap sekolah melalui mesyuarat yang dijalankan.

Pengkaji mengenalpasti cara untuk mengatasi masalah tingkahlaku pelajar.

Apa yang dipelajarai daripada ketiga-tiga jurnal



Daripada ketiga-tiga jurnal dapatlah di pelajari bahawa terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk melakukan penambahbaikan terhadap permasaalahan yang timbul. Pelbagai permasaalahan boleh di selesaikan atau di kurangkan sekiranya pengkaji menggunakan kaedah dan prosedur yang betul untuk melaksanakan kajian tindakan.

RINGKASAN JURNAL LAIN:

Huda Suhaily Binti Adam

Jurnal 1

Qualitative Assessment Across Language Barriers : An Action Research Study
By: Johannes C. Cronje
Source = HW:Wilson

Jurnal ini menerangkan tentang pengkaji sebagai seorang guru berusaha untuk menyelesaikan masalah pelajarnya yang berlainan penggunaan bahasa dengan pengkaji. Pengkaji melihat pelajar berkenaan tidak dapat berkomunikasi dengan guru dengan baik dan pengkaji melakukan kajian untuk melihat tahap kefahaman pelajar terhadap topik pembelajaran walaupun pengkaji menggunakan bahasa yang berbeza. Melalui kajian ini didapati bahawa guru boleh mengkaji peningkatan pemahaman pelajar bukan hanya melalui kefahaman terhadap penggunaan bahasa yang digunakan pelajar semata-mata, akan tetapi jika guru mempunyai masalah atau limitasi dari segi penggunaan bahasa yang berbeza dengan pelajar guru boleh melakukan pemerhatian melalui bahasa badan, konteks mata dan sebagainya selain dari penggunaan bahasa semata-mata.

Jurnal 2

An action Research Exploration Integrating Student Choice and Art Activities in a Sixth Grade Social Studies Classroom
By: Courtney Kosky
Source = Science Direct

Jurnal ini menerangkan tentang kajian yang dilakukan untuk meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar melalui penggunaan aktiviti seni dan kreativiti dalam P&P matapelajaran pendidikan sosial dikalangan pelajar gred 6. Pengkaji ingin menilai sejauhmana penggunaan aktiviti seni dan kreativiti dalam P&P matapelajaran pendidikan sosial dapat menarik minat mereka dalam melakukan tugasan mereka dalam keadaan yang seronok. Melalui aktiviti seni guru juga dapat mencungkil bakat dan kreativiti pelajar. Selain itu bagi matapelajaran yang berfokuskan kepada pengetahuan am dan fakta seperti matapelajaran sosial ini pengunaan aktiviti penerokaan merupakan aktiviti yang bersesuaian dalam membantu pelajar mendapatkan pemahaman yang baik terhadap isi pengajaran.

Jurnal 3

The Effects of Pictures and Prompts on
the Writing of Students in Primary Grades : Action Research by Graduate Students at CaliforniaStates University, Northridge
By: Marilyn Joshua
Source = HW: Wilson

Jurnal ini menerangkan mengenai pengaruh gambar yang digunakan dalam P&P terhadap kemahiran penulisan pelajar. Hasil kajian tindakan ini memberikan gambaran bahawa apabila guru memilih tugasan menulis adalah penting bagi guru dalam mengkaji bahawa yang manakah berkesan samada penggunaan prompt yang digabungkan dengan gambar atau penggunaan prompt sahaja dalam meningkatkan kemahiran menulis dikalangan pelajar.

Nor Afifah Binti Yaacob

Jurnal 1:
Action Research (Kajian Tindakan)
By Eileen Ferrence

Jurnal ini menerangkan tentang kajian yang dilakukan oleh pengkaji untuk mengatasi masalah pelajar yang tidak dapat menguasai bahasa Inggeris. Langkah-langkah yang ditunjukkan merupakan prosedur yang perlu dilaksanakan untuk mendapatkan hasil kajian yang lebih baik.

1) Mengenal pasti masalah yang berlaku
2) Mengumpulkan dan mengorganisasikan data
3) Pentafsiran data
4) Tindakan berasaskan data
5) Refleksi

Pengumpulan data pula dilakukan dengan cara temu duga, diari, portfolio, nota lapangan, gambar, perakam suara, soal selidik, jurnal, survei dan sampel dari projek pelajar. Analisis data dengan menggunakan soalan yang diperoleh daripada data kelas, data individu dan kumpulan.

Jurnal 2:
How to Do Action Research in Your Classroom
(Bagaimana Untuk Menjalankan Kajian Tindakan Di Dalam Bilik Darjah Sendiri)
By Frances Rust and Christopher Clark

Jurnal ini menerangkan tentang bagaimana menjalankan kajian tindakan di dalam bilik darjah. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Menjelaskan tentang langkah-langkah dan proses yang perlu dilakukan oleh seorang pengkaji untuk melakukan kajian tindakan. Langkah-langkah yang dilakukan oleh pengkaji dalam kajian tindakan yang dilakukan ialah :

1) Membuat persetujuan – dipanggil inkuiri
2) Reka bentuk kajian – soalan dan jawapan
3) Memahami pengalaman – data dan analisis
4) Permulaan semula – baru dan soalan lebih baik
5) Memperbaiki latihan – pengajaran daripada pengalaman

Penggumpulan data yang dilakukan oleh pengkaji ialah dengan menggunakan soal selidik , pemerhatian, survei, sampel kerja pelajar, lukisan, gambar, temu bual, jurnal, peta bilik darjah dan rekod anekdot.

Pengkaji memaparkan hasil dapatan dalam bentuk graf

Jurnal 3:
Teaching Action Research on the Web
(Mengajar Kajian Tindakan dalam Laman Web)
By Ian Hughes

Jurnal ini menerangkan tentang kajian yang dilakukan oleh pengkaji tentang kaedah mengajar kajian tindakan melalui laman web. Prosedur bagi kajian tindakan ini ialah melalui 5 peringkat yang merangkumi:

1) Kertas cadangan untuk projek pengajaran
2) Refleksi, perbincangan serta email komunikasi dan virtual atau bersemuka tentang set pengajaran
3) Menggunakan empat kitaran atau fasa iaitu merancang, tindakan, gambaran dan pemerhatian.
4) Reka bentuk untuk terbitan elektronik
5) Menulis dan menghantar laporan kajian tindakan

Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian , menggunakan laman web, soalan dan kajian perpustakaan bagi melakukan pengumpulan data bagi permasalahan yang dikaji.

Tuesday, November 10, 2009

TUGASAN 3 : LAPORAN PEMBENTANGAN KOLOKIUM

LAPORAN 1

Tajuk Pembentangan : Meningkatkan Pemahaman dan Suasana pembelajaran Pelajar Bagi Subjek Biologi Tingkatan 4 Menggunakan Kaedah Peta Minda Secara Berkumpulan

Nama Pembentang : Hasmalina Binti Hamzah dan Hazwin Dalila Harris

Kajian yang dilakukan bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan mewujudkan keseronokan dalam diri pelajar terhadap subjek biologi yang merujuk kepada topik nutrisi. Kajian ini bermula dengan pernyataan masalah yang dilakukan oleh guru untuk mengenalpasti punca sebenar dan kaedah yang sesuai untuk digunakan.

PERNYATAAN MASALAH

1. Melihat kepada tahap kesukaran pelajar untuk memahami isi kandungan subjek biologi.
2. Kebanyakan pelajar memandang subjek biologi sebagai satu subjek yang membosankan.
3. Mendorong guru untuk mencari jalan penyelesaian yang dapat membantu pelajar dalam memahami subjek biologi.
4. Kaedah peta minda secara berkumpulan di pilih kerana ianya dilihat sebagai satu kaedah yang paling berkesan dalam memahami subjek biologi.

METADOLOGI

Perancangan (2minggu)
Pemerhatian guru terhadap tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru membuat perancangan instrumen yang akan digunakan.
Tindakan (1 minggu)
Guru memilih topik dalam subjek biologi dan aktiviti dilakukan dalam 3 waktu pengajaran Biologi.
Pemerhatian(1 minggu)
Guru membuat pemerhatian dan catatan sepanjang kerja kumpulan dilakukan.
Refleksi (1 minggu)

Penilaian kendiri oleh guru hasil daripada pemerhatian, borang kaji selidik dan temubual.
Di antara instrumen yang digunakan oleh pengkaji ialah:
1. Rancangan harian guru yang berdasarkan silibus subjek Biologi dalam topik nutrisi iaitu topik yang digunakan dalam pelaksanaan kajian.
2. Tontonan video-CD ROM yang digunakan oleh guru sebagai alat bantu mengajar
3. Kertas mahjong untuk membuat peta minda
4. Crayon warna
5. Pemain MP3 (Perakam suara)

Kaedah pengumpulan dan penganalisian data:

1. Pemerhatian pengkaji ke atas sampel yang dikenalpasti
2. Borang kaji selidik untuk menilai tahap pencapaian pelajar.
3. Temubual berstruktur dan tidak berstruktur.
Melalui ketiga-tiga kaedah tersebut penganalisian data dilaksanakan untuk membuat penilaian terhadap keberkesanan kajian ke atas sampel pelajar. Penganalisian data dilakukan berpandukan ketiga-tiga kaedah yang digunakan. Berdasarkan analisis yang dilakukan pengkaji dapat mengenalpasti kriteria-kriteria yang diperlukan dalam kajian.

SAMPEL KAJIAN

60 responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 Al-Biruni dan Al-Farabi di Sek. Agama Men. Bestari.

IMPLIKASI KAJIAN

Setiap kajian yang dilakukan akan mempunyai implikasi-implikasi yang tertentu. Berdasarkan kajian yang dilakukan ini, terdapat implikasi yang dapat dikenalpasti.
1. Dari segi pemerhatian guru dapat melihat pelajar lebih aktif dan seronok dalam melakukan tugasan dimana mereka tidak kekok atau berasa malu untuk berinteraksi di dalam kumpulan. Hasilnya, tugasan yang dilakukan lebih kretif dan lengkap.

2. Dari segi borang kaji selidik di mana terdapat 3 tema yang dilakukan iaitu tema kefahaman, tema suasana keseronokan, dan tema komunikasi berkesan. Daripada tema-tema implikasi kajian yang dapat dikenalpasti menunjukkan perubahan yang ketara daripada sebelum dan selepas kajian dilakukan. Di mana pelajar lebih memahami topik dengan mudah, lebih seronok dan lebih yakin dalam komunikasi bersama guru dan rakan.

3. Dari segi temubual pula implikasi yang dapat dikenalpasti ialah terdapat perbezaan terhadap temubual yang dilakukan terhadap pelajar sebelum dan selepas pelaksanaan kajian. Kebanyakan pelajar seronok dengan kaedah peta minda. Kaedah ini dapat membantu mereka agar lebih bersifat interaktif dan dapat bertukar idea tentang sesuatu perkara.

APA YANG DAPAT DIPELAJARI DARIPADA KAJIAN YANG DILAKUKAN

Daripada kajian yang telah dilakukan saya dapat memahami serba sedikit mengenai bagaimana perjalanan proses penyediaan sesuatu kajian tindakan dilakukan. Pengunaan kaedah peta minda yang dilakukan dilihat dapat membantu guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya juga merupakan satu kaedah yang perlu dipraktikkan oleh guru sebagai salah satu langkah untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti.

PENDAPAT

Pada pendapat saya berdasarkan kajian yang dilakukan ianya adalah bersesuaian dengan maksud kajian tindakan. Ini adalah kerana pengkaji melakukan kajian untuk melihat tahap peningkatan pemahaman dan suasana pembelajaran pelajar dengan menggunakan kaedah yang dipilih oleh pengkaji. Kajian ini dilaksanakan hasil daripada pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji yang mendapati pelajar sukar untuk memahami isi kandungan subjek biologi. Pelajar turut memandang subjek biologi sebagai satu subjek yang membosankan. Ekoran daripada itu pengkaji mengambil keputusan untuk melakukan kajian bagi menyelesaikan masalah ini. Langkah awal yang dilakukan oleh pengkaji menunjukkan kajian yang dilakukan adalah untuk melakukan penambahbaikan dan ianya menepati konsep kajian tindakan.


LAPORAN 2

Tajuk Pembentangan : Meningkatkan Penglibatan Pelajar Secara Aktif Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran dengan Mempelbagaikan Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)

Nama Pembentang : Nurkhalisah Bt Mustapa, Nadiah Bt Yusof dan Hafizah Bt Mohamed

Kajian dilakukan bertujuan untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P & P).

PENYATAAN MASALAH

1. Pelajar kurang melibatkan diri dalam proses P & P yang dilakukan.
2. Guru mengenalpasti faktor yang menyebabkan pelajar kurang melibatkan diri sewaktu proses P & P dilaksanakan.
3. Temubual terhadap guru-guru dan pelajar.
4. Kaedah pengajaran berbentuk syarahan tanpa penggunaan alat bantu mengajar (ABM) menjadi faktor utama pelajar tidak melubatkan diri.
5. Kaedah penggunaan ABM yang pelbagai digunakan untuk meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif dalam P & P.

METADOLOGI

1. Mengenalpasti isu, masalah atau situasi yang hendak dikaji
2. Merancang penyelidikan
3. Melaksanakan tindakan
i. Power point
ii. Gambarajah yang menarik
iii. Permainan dan muzik
iv. Bahan maujud
4. Memerhati dan mengumpul data atau maklumat dan menganalisis.
5. mereflek dan menilai kesan kajian tindakan

PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA

1. Pemerhatian
2. Temubual
3. Keputusan Ujian

SAMPEL KAJIAN

Terdiri daripada 90 orang pelajar tingkatan 4 Arif, 4 Amanah, dan 4 Dinamik di Sekolah Menengah Seremban Jaya, Seremban.

IMPLIKASI KAJIAN

Pemerhatian
Guru mendapati pelajar lebih seronok dan bersedia untuk untuk mengikuti proses P & P. Pelajar lebih mudah untuk memahami topik dengan penggunaan ABM yang menarik dan pelbagai. Penglibatan pelajar dalam proses P & P semakin meningkat.

Temubual
Hasil temubual dengan pelajar guru mendapati hampir keseluruhan pelajar menyatakan lebih berminat dan seronok untuk belajar. Mereka mengatakan lebih yakin untuk mengemukakan soalan kepada guru.

Keputusan ujian
Analisis keputusan ujian bulanan yang telah di jalankan oleh pihak sekolah, guru mendapati terdapat peningkatan dari segi kelulusan pelajar terhadap subjek yang diajar dengan menggunakan ABM yang pelbagai.

APA YANG DAPAT DIPELAJARI DARIPADA KAJIAN YANG DILAKUKAN

Melalui kajian yang dilakukan ini dapat menambahkan pengetahuan saya terhadap situasi sebenar alam persekolahan. Di sini dapat dilihat guru memainkan peranan yang penting dalam memastikan kejayaan pelajar. Saya juga dapat melihat betapa pentingnya kajian timdakan dilakukan di sekolah untuk membaiki polisi sedia ada dan melakukan penambahbaikan untuk kepentingan bersama. Penggunaan ABM yang pelbagai merupakan kaedah yang mesti dilaksanakan oleh semua guru di sekolah untuk memastikan pelajar member tumpuan sepenuhnya semasa proses P & P.

PENDAPAT

Pada pendapat saya berdasarkan kajian yang dilakukan ianya adalah bersesuaian dengan maksud kajian tindakan. Ini adalah kerana pengkaji melakukan kajian untuk melihat tahap peningkatan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan mempelbagaikan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM). Penggunaan BBM yang pelbagai dapat menggalakkan penglibatan pelajar dalam proses P&P. Pelaksanaan langkah-langkah yang dilakukan oleh pengkaji melalui pemerhatian, temubual, dan berdasarkan keputusan ujian merupakan langkah-langkah yang dilaksanakan dalam kajian tindakan. Pengkaji cuba untuk melakukan penambahbaikan terhadap cara penglibatan pelajar yang agak kurang dalam proses P&P. Ini juga telah menunjukkan pengkaji melakukan kajian tindakan.
KEKUATAN
# Pengumpulan data dilakukan dalam pelbagai sumber dan teknik, dengan ini data yang diperolehi lebih tepat dan dapat membantu penyelidik melakukan kajian.
KELEMAHAN
#Pengkaji tidak menetapkan contoh ABM yang telah digunakan semasa melakukan kajian tindakan.
PENAMBAHBAIKAN
#Pengkaji perlu menetapkan alat ABM yang digunakan dan hasil yang diperolehi dari segi penglibatan pelajar dari semua ABM yang digunakan

Saturday, November 7, 2009

TUGASAN 1 : ULASAN BUKU


Tajuk Buku : Action Research in the Classroom
Pengarang : Vivienne Baumfield, Elaine Hall and Kate Wall


APA maksud KAJIAN TINDAKAN(KT)

Kajian Tindakan Merupakan satu kajian yang wujud daripada permasaalahan yang diutarakan oleh guru bagi mengenalpasti fokus kepada kajian yang hendak dilakukan di dalam kelas. Hasil daripada permasaalahan yang dikemukakan kajian tindakan akan dilakukan dan ianya di terapkan melalui lingkaran model kajian tindakan yang sesuai( Kemmis & McTaggart (1988)). Ianya melibatkan 2 proses iaitu persoalan dan hasil daripada persoalan yang dikemukakan pengkaji akan menjalankan proses kajian tindakan. Bertujuan untuk melakukan penambahbaikan terhadap permasaalahan yang timbul.

Struktur Utama Menerangkan tentang kepentingan penyataan masalah oleh guru melalui kajian tindakan untuk membangunkan dan membuat pembaharuan dalam cara mengajar dan proses pembelajaran.

MENGAPA guru melakukan KT?

1) Melakukan penambahbaikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
Guru melakukan kajian tindakan adalah bertujuan untuk membuat perubahan dari segi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas supaya pelajar lebih mudah memahami topik pengajaran.

2) Membina pengetahuan dan pemahaman pedagogi
Pengetahuan dan pemahaman terhadap pedagogi penting bagi guru untuk meningkatkan proses P&P mereka supaya pelajar tidak cepat bosan terhadap pembelajaran di dalam kelas.

3) Meningkatkan keberkesanan amalan mengajar guru dan meningkatkan pencapaian murid.
Amalan mengajar yang berkesan penting untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Guru melakukan kajian tindakan untuk melihat penerimaan pelajar terhadap amalan pengajaran yang digunakan.

BILA guru melakukan KT

# Apabila guru merasakan wujud permasaalahan yang perlu di perbaikai dan dilakukan penambahbaikan.

# Apabila guru ingin mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang baru dan difikirkan sesuai terhadap topik yang di ajar.


DI MANA guru melakukan KT?

Kajian ini dilakukan dengan kerjasama guru dan pelajar yang terdiri daripada bakal guru dalam sistem pendidikan.

Kajian ini dilakukan di sekolah

BAGAIMANA guru melakukan KT?

( Kemmis and Mc Taggard (1988))

Melibatkan proses " plan- do- review.
1) Merancang
2) Melakukan
3) Mengkaji Semula

Model reka bentuk kajian tindakan

(Model dinamik kitaran kajian tindakan)

Prosedur
1) Cadangan pertanyaan atau persoalan

# "Agency"- cara tindakan melakukan sesuatu. Ianya merujuk kepada pengetahuan sedia ada penyelidik/guru terhadap kawalan fokus pertanyaan atau persoalan, kaedah dalam melakukan kajian, analisis dan tafsiran data dan cara di mana projek itu dilaksanakan.

# Dorongan - dorongan terhadap penyataan masalah bagi kajian tindakan di ransang oleh sumber-sumber yang berbeza, berpunca daripada guru, sekumpulan teman-teman, seluruh sekolah atau kumpulan sekolah.

2. Proses yang mana pertanyaan itu di teruskan

# Alatan - merujuk kepada kaedah penyelidikan yang dilakukan seperti pemerhatian, soal selidik, temubual atau markah ujian dan setiap kaedah yang di gunakan ialah untuk mendapatkan data.

# Analisis - data yang dipeolehi di analisis untuk membuktikan kesahannya. Ianya dilakukan untuk menjana satu gambaran dan satu hipotesis baru.

3. Penonton/ peserta

# Suara

# Masyarakat kritikal


Pengumpulan dan penganalisisan data

1) Data Kualitatif - data yang merujuk kepada perkataan, seperti transkrip temubual.

2) Data Kuantitatif - data yang merujuk kepada nombor seperti markah ujian.


2) Tajuk Buku : Teacher as Reflective Practitioner and Action Researcher
Pengarang : Richard D. Parsons, dan Kimberlee S. Brown


APA ITU KAJIAN TINDAKAN?

# Kajian tindakan ialah satu bentuk penyiasatan yang membolehkan guru melakukan refleksi terhadap tindakan yang dilakukannya dalam P&P (Tomlinson, 1995)

# Merupakan satu kajian yang melibatkan pelaksanaan sesuatu kajian yang dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan, dikenali sebagai pengkaji. Pengkaji menggunakan kajian untuk membuat refleksi amalan mereka untuk melakukan penambahbaikan.

# Dalam konteks guru, kajian tindakan terbentuk daripada pengetahuan sedia ada. Guru mengaplikasikan semua persoalan berkaitan pengalaman dan pengendalian bilik darjah untuk melakukan kajian tindakan. Bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan P&P.

# Kajian tindakan dilakukan di bilik darjah dan bergantung kepada isu dan masalah dalam bilik darjah itu sendiri. Hasil dapatan kajian akan digunakan untuk melakukan penambahbaikan dalam P&P guru.

MENGAPA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN ?
1) Membaikpulih dan mempertingkatkan Perlaksanaan P&P
Melalui pelaksanaan kajian tindakan guru dapat melakukan penambahbaikan dan mempertingkatkan perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajarannya (P&P) yang dapat membantu pelajar.

2) Alat untuk meningkatkan Profesionalisme seorang guru.
Melalui kajian tindakan, guru mampu membentuk strategi dalam menyelesaikan sebarang masalah dan mengembangkan personaliti dan profesionalisme seseorang guru. Di samping dapat membentuk keyakinan diri, kebolehan dan kemahiran dalam diri, kesediaan melakukan kajian dan daya kreativiti yang unggul.

3) Mempertingkatkan Kemudahan Perlaksanaan dan Kesahan Penyelidikan
Kajian tindakan dilakukan dengan menggabungkan dua perkara penting iaitu ilmu pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Strategi yang diperolehi dari hasil dapatan kajian digunakan untuk melakukan penambahbaikan terhadap responden kajian tersebut.

4) Perlaksanaan Sosial dan Membuat Polisi
Melalui kajian tindakan, guru akan menghasilkan ilmu pengetahuan baru mengenai sistem sosial dan pada masa yang sama guru melakukan perubahan penambahbaikan terhadap sasaran yang dikenalpasti.

5) Mengambil kira Aspek Etika
Kajian tindakan dapat membantu guru membentuk sikap bertanggungjawab sebagai seorang pendidik yang unggul. Guru akan sentiasa melakukan refleksi terhadap keberkesanan amalan strategi P&P guru dan melakukan penambahbaikan untuk memenuhi keperluan pelajar.

BILA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?

1) Apabila guru merasakan perlu melakukan penambahbaikan dari amalan P&P atau budaya pengajaran dalam bilik darjah.

2)Terdapat isu atau permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran pelajar.

3)Untuk mengembangkan profesionalisme melalui proses penemuan kendiri.

4) Mengubah pendekatan dan strategi P&P

DIMANAKAH GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?

# Dalam dan luar kelas
# Sekolah

BAGAIMANAKAH GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?




PROSEDUR MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN:

Mengenalpasti Masalah Pertama sekali, guru mengenalpasti masalah yang di hadapi bagi menentukan strategi kajian yang perlu dilaksanakan. Melalui permasaalahan ini, guru dapat melihat sama ada objektif kajian tersebut tercapai atau tidak.

Kajian Kepustakaan
Sumber rujukan yang berkaitan dengan permasalahan kajian tindakan amat penting bagi seseorang guru pengkaji untuk mendapatkan maklumat tambahan dan rujukan bagi menghasilkan kajian yang berkualiti.


Menyatakan hipotesis
Guru akan melakukan hipotesis awal terhadap kajian tindakan yang dilakukan untuk membina ramalan hasil dapatan yang diingini. Guru juga akan membina persoalan hasil dari jangkaan yang dibuat.

Membina dan Melakukan Reka Bentuk
Guru perlu mengenalpasti sama ada langkah-langkah yang dibina itu mampu atau tidak untuk mencapai objektif kajian tindakan yang dirancang. Selain itu, guru juga perlu mengenalpasti langkah-langkah yang diperlukan untuk memperolehi kesahan dapatan / hasil kajian
Pengumpulan dan Penganalisian Data
Guru perlu merancang teknik yang akan digunakan untuk mendapatkan data kajian tindakan dan merancang bentuk data yang akan dikumpulkan serta merangka cara menganalisa data yang diperolehi.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

Maklumat yang dikumpul oleh guru sebagai penyelidik terdapat dalam banyak bentuk iaitu skor markah ujian, kekerapan tingkah laku pelajar, laporan individu pelajar, artifak dan dokumen
Sumber data dapat dikategorikan samada :

Kuantitatif: Berdasarkan pada nombor dan kekerapan

Kualitatif: Abstrak dan sesuatu ciri situasi atau peristiwa








TUGASAN KELAS : MODEL DAN KONSEP KAJIAN TINDAKAN

KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan ialah satu proses yang dilakukan selepas pemerhatian ke atas sesuatu isu atau masalah berdasarkan data dan maklumat yang diperolehi untuk dijadikan sebagai panduan dalam proses penambahbaikan.
Kajian dilakukan adalah untuk menambah pengetahuan dan mengembangkan pengetahuan yang sedia ada berdasarkan penyelidikan yang dilakukan. Kajian juga dapat guru-guru mengenalpasti masalah atau isu yang timbul di samping dapat mambaiki kelemahan-kelemahan yang wujud dalam sesuatu masalah.
Selain itu, kajian tindakan juga dikenali sebagai penyelidikan gunaan. Masalah kajian tindakan ini boleh wujud dalam konteks bilik darjah ataupun dalam konteks persekitaran sekolah atau komuniti.


Carl & Kemmis (1986) berpendapat:

“Action research is a form of self-reflective enquiry undertaken by participants (teachers, students or principals, for example) in social (including educational) situations in order to improve the rationality and justice of (a) their own social or educational practices, (b) their understanding of these practices, and (c) the situations (and institution) in which these practices are carried out.”
Gay & Airasian (2000) berpendapat kajian tindakan sebagai:
“…a process in which individual or several teachers collect evidence and make decisions about their own knowledge, performance, beliefs, and effects in order to understand and improve them"
Kajian tindakan bukan sahaja boleh dijalankan dalam konteks kelas tetapi juga dalam komuniti pendidikan dan komuniti yang berhubungan dengan pendidikan dan sekolah.

Creswell (2005) membahagikan kajian tindakan kepada dua jenis, iaitu:

i. kajian tindakan amalan (practical action research)

ii. kajian tindakan penyertaan (participatory action research)


Kajian tindakan amalan melibatkan peninjauan amalan guru dalam konteks bilik darjah. Manakala kajian tindakan penyertaan melibatkan kajian tentang isu-isu sosial yang menganggu perkembangan pelajar.

MODEL KAJIAN TINDAKAN

Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)



Lingkaran 1

1. Refleksi - guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangan.
2. Pelan- Guru menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah.
3. Melaksanakan pelan- Guru melaksanakan pelan yang dihasilkan
4. Proses pelaksanaan- Guru memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan

Lingkaran 2

Dilakukan jika masalah itu tidak dapat diatasi dengan lingkaran 1. Dilakukan sehinggalah masalah itu diselesaikan.
1. Guru mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan yang dilakukan.

Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada penghujungnya (finality). Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan metilah bersifat pragmatik dan memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan.

Model Kajian Tindakan (Ebbut, 1985)



Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif. Ianya merupakan suatu pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut. Ebbutt memperkenalkan model kajian tindakan yang berbentuk kitaran di mana dalam sebuah kitaran akan berlaku maklumbalas sama ada maklumbalas itu berlaku dalam kitaran atau di antara kitaran.