Pembelajaran konstektual merujuk kepada strategi pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan isi pengajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Dalam pembelajaran konstektual, pelajar akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang lebih dikenali sebagai “REACT” yang terdiri daripada R (relating / menghubungkait), E (experiencing / mengalami), A(applying / mengaplikasikan), C (cooperating / bekerjasama), dan T (transfering / memindahkan) applying/mengaplikasiakan).
Tunjuk cara ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah. Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, kemahiran hidup, lukisan, jimnastik atau proses pengajaran yang menjalankan sesuatu aktiviti.
Ciri-ciri penting
1. Memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajarai setelah melalui prosedur yang ditunjukkan
2. Membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah
3. Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu eksperimen
4. Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti
5. Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah
Kelebihan teknik tunjuk cara ini ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada pelajar melalui penglihatan dan pendengaran Tiga jenis tunjukcara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi
Strategi main sambil belajar adalah aktivikti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran.Main merupakan expresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Kanak-kanak akan mencari pengetahuan dengan kaedah permainan
Ciri-ciri Penting
1. Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran-pembelajaran ialah manipulatif, fizikal dan permainan bahasa
2. Permainan manipulatif termaksuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan congak
3. Permainan fizikal dalam pendidikan jasmani di mana daya fizikal digunakan dalam pergerakan, kordinasi, kecekapan, dan kemahiran fizikal.
4. Permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran-pembelajaran bahasa mengandungi unsur bermain dengan menggunakan bahan-bahan dan daya kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna
5. Kebaikan teknik ini ialah merangsangkan motivasi belajar kesan daripada keseronokkan bermain
6. Ia juga mengembangkan daya imaginasi untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah
KAEDAH INKUIRI
Guru menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen. Dalam hal ini, guru memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya dengan lebih mendalam berdasarkan pengetahuan sedia ada dan kemahiran asas yang dikuasai.
KAEDAH PERBINCANGAN
Teknik perbincangan adalah satu teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Sewaktu perbincangan dijalanlan, murid-murid diberi peranan aktif untuk menyatakan pandangan, atau pendapat mereka mengenai sesuatu topik, sambil guru memandu serta mengarahkan pandangan-pandangan mereka ke satu prinsip atau pendapat menyeluruh.
Melalui teknik ini, murid-murid dapat memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik. Mereka digalakkan berfikir dengan jelas, mengutamakan pendapat-pendapat di samping bekerjasama dengan murid-murid lain untuk mencapai matlamat atau menyelesaikan masalah perbincangan. Dengan cara ini, penglibatan murid dalam pembelajaran amat menggalakkan. Pelajar akan kelihatan lebih cergas, berani dan tegas.
Bahan-bahan harus yang disediakan oleh guru perlu mempunyai skop yang khusus sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Selain itu, guru perlu hadkan topik perbincangan dan terangkan sesuai mengenainya bagu membolehkan murid-murid memahami apa yang dikehendaki dan dapat dibincangkan perkara itu dalam jangka masa yang dijangkakan. Dalam masa yang sama, guru harus bijak memberikan ruang dan menggalakkan murid-murid agar mereka berminat untuk berkerjasama serta mengemukakan soalan-soalan yang akan dapat mencungkil fakta-fakta dan mendorongkan murid-murid berfikir.
KAEDAH MAIN PERANAN
Teknik main peranan adalah satu teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ‘ambil peranan’ yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan sentiasa pula dikelolakan dalam situasi kumpulan. Melalui teknik ini, murid-murid dapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan. Teknik ini melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran yang diajar oleh guru.
KERANGKA TEORITIKAL / KONSEPTUAL/ OPERASIONAL KAJIAN
Kerangka Teoritikal
Kerangka teoritikal menentukan persoalan kajian yang hendak dilakukan. Ia menjadi panduan bagi menentukan orientasi penyelidikan yang akan dilakukan. Ia juga mengenal pasti apa yang menjadi minat pengkaji, soalan-soalan yang berlegar-legar di mindanya dan yang menjadi teka-teki.
Kepentingan kerangka teoritikal
Kerangka teoritikal membentuk konsep, terma, definisi, model dan teori yang menjadi asas dan orientasi disiplin bagi kajian yang hendak dilaksanakan. Seterusnya akan membentuk "masalah" bagi kajian, soalan kajian, pengumpulan data dan analisis serta bagaimana hendak mentafsir data.
Kerangka teoritikal terbahagi kepada dua pembolehubah utama iaitu:
#Pemboleh ubah bersandar iaitu; minat, keaktifan pelajar dan pencapaian pelajar.
#Pemboleh ubah tidak bersandar contoh; kaedah demonstrasi
Kajian ini melihat kaedah demonstrasi yang dijalankan mampu meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran, pelajar akan bergerak aktif serta meningkatkan tahap pencapaian pelajar.
Konseptual dan Operasional kajian
Definisi konsep dirujuk sebagai definisi teori yang harus berdasarkan kepada sesuatu teori atau lebih diperkukuhkan oleh kajian-kajian lepas. Ia lebih memberi maksud abstrak atau umum.
Definisi operasional ialah definisi yang digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan responden, pemboleh ubah yang hendak diuji atau dimanipulasi dalam kajian. Ia memberi gambaran bagaimana konsep yang hendak dikaji itu boleh diperhatikan atau dimanipulasikan.
Kerangka Konseptual
Demonstrasi - Tunjuk cara atau demontrasi ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah. Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, lukisan, jimnastik atau menjalankan sesuatu aktiviti. Tiga jenis tunjukcara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi.
Simulasi - simulasi ialah suatu metodologi untuk melaksanakan percubaan dengan menggunakan model dari satu sistem nyata (Siagian, 1987). Menurut Hasan (2002), simulasi merupakan satu model pengambilan keputusan dengan mencontoh atau mempergunakan gambaran sebenarnya dari suatu sistem kehidupan dunia nyata tanpa harus mengalaminya pada keadaan yang sesungguhnya.Simulasi adalh suatu teknik yang dapat digunakan untuk memformulasikan dan memecahkan model-model dari golongan yang luas.Golongan atau kelas ini sangat luasnya sehingga dapat dikatakan jika semua cara yang lain gagal,cubalah simulasi' (Schroeder,1997)